Khamis, 15 Disember 2011

USAHA KEBUN TERBIAR.

BAGUS lagi mereka yang mempunyai tanah terbiar mula azam mengisikan tanaman yang boleh mendatangkan hasil untuk meningkatkan ekonomi daripada menjadi buntut para pemimpin politik yang kejar gelaran YB.

Mereka (pemimpin) yang suka memburuk-burukkan antara satu yang lain, pada hal diri semndiri pun belum cukup sempurna juga, malah lebih teruk dari yang diburuk2 itu.

Konon dia lah yang terbaik, akan membantu orang kampung kalau diberi peluang menang PRU 13 untuk mengubah nasib rakyat, wal hal, matlamat dia hanya dirinya sendiri berubah kalau sudah jadi YB.

Cukuplah jangan lagi telampau menipu sama orang kampung bah, isi dalam hati kamu itu rakyat sudah baca dari segi air muka memang muka penipu suka kelintong.

Siapa makan lada tentu dia merasa padasnya.

Khamis, 8 Disember 2011

BAHANG PILIHAN RAYA DIRASAI.

TENOM: Bahang pilihan raya umum ke 13 kini telah dirasai oleh setiap parti dan mereka masing-masing membuat program dikampung.

Pengagihan borang mendapat RM 500 satu keluarga juga sedang berjalan dilakukan oleh pihak Kerajaan melalui semua agensi Swasta dan Kerajaan dipertanggungjawabkan dalam gerakan itu.

Bagaimanapun, respon orang kampung mengenai RM500 menyifatkan tindakan kerajaan berbuat demikian ada lah kerana dekat sudah pilihan raya Umum, dan itu hanya pancing undi.

Kenapa selama ini pemberi wang RM500 satu keluarga itu tidak diadakan?