Selasa, 21 Disember 2010

UCAPAN TERIMA KASIH KAMI.

SYUKUR alhamdulilah majlis perkhawinan anak kami yang nombor tujoh Noraisah binti Haji Wahab Timpai sudah selesai.

RAMAI kawan-kawan saya juga datang dari jauh dan dekat.

SAYA ucapakan terima kasih kepada semua saudara-saudara yang datang membentu kerja kami persedian untuk majlis itu dari awal sampai selesainya majlis itu.

TERIMA kasih juga saya tujukan kepada cawangan umno kampung Cinta Mata Tanjong kerana meminjamkan 3 kinopi, 100 biji kerusi yang diusahakan oleh ipar saya Kudis Abdul Ahmid.

TERIMA kasih juga di tujukan kepada semua krew pembuat palmin yang di ketuai oleh ipar saya Hadis Abdul Ahmid yang juga menjadi akitik reka bentuk palmin yang digunakan untuk pangantin dua kali berturut-turut bermula malam berinai, dan palmin bersanding pada hari berikutnya dengan reka bantuk berbeza.

TERIMA kasih juga kepada semua yang terlibat didapor yang menyediakan makanan dan sebagainya, kami sekeluarga tidak dapat membelas jasa anda kalian, hanya berdoa kepada Allah semoga anda kalian diberi kasihatan, panjang umur, murah reziki...aminnn... sekian terima kasih. Daripada Haji Wahab Timpai dan seisi keluarga. 22.Disember 2010 jam 8.52 pagi.

Jumaat, 10 Disember 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK KAMI DI KAMPUNG AMBOI TENOM.

PADA 17-18 Disember 2010 majlis perkahwinan anak kami yang nombor tujoh Noraisah binti Hj. Wahab Timpai dengan tunangnya Azman Muhamad berasal dari Daerah Beluran, Sandakan, yang akan dilansungkan di rumah kami dikampung Amboi Tenom.


ATUR CARA MAJLIS:
________________

17 Disember 2010.> Nikah jam 2.00 petang.

Malamnya berinai dan ke esokannya

18 Disember 2010.> Jemuan makan bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 5.00 petang.

Isnin, 6 Disember 2010


BUAT kerja dalam rumah semasa kami tempat anak di Wilayah Persekutuan Pulau Labuan.

Tulisan papan tanda kawasan ini khas untuk Perhentian Bas Mini, tetapi apa yang berlaku yang parking dikawasan ini adalah kendaraan persendirian, kerana Bas Mini tidak menggunakannya sejak kelulusan diberi oleh pihak berkuasa tempatan Tenom, kawasan ini bekas pasar lama.