Ahad, 31 Oktober 2010

Sabtu, 2 Oktober 2010

SAPP PENGGANTI PERJUANGAN PBS KAH?

TENOM: Persaingan Barisan Nasional pada PRU 13 dikawasan Parlimen P181 Tenom yang merangkumi dua kawasan DUN N35 Melalap dan N.36 Kemabong dijangka akan berlaku sekiranya calon-calon pembangkang itu disukai oleh akar umbi latar belakangnya.

Akar umbi kini berhati-hati dalam membuat keputusan memilih menerusi undi mereka supaya kawasan Tenom, Melalap, dan Kemabong benar-benar mendapat Wakil Rakyat yang berjiwa rakyat selepas pilihan raya.

Para pemimpin Barisan Nasional BN sama ada diperingkat Pusat dan negeri, wajar mendengar suara majoriti dari akarumbi dan bukan lobi segelintir penyokongnya saja untuk mahu lobi calon di ketiga-tiga tempat tersebut diatas ini.

Bagaimanapun,pembangkang mungkin gagal merampas kerusi Parlimen, dan DUN Melalap, Kemabong,sekiranya calon itu tidak dikenali oleh rakyat, dan cara meletak calon main terjun saja atau lebih tepat lagi, calon tangkap muat.

Ketiga-tiga wakil rakyat yang ada sekarang ini YB. Datuk Radin Malleh, YB. Datuk Raimie Unggiu, dan YB. Datuk Rubin Balang, bukan tidak bagus, tetapi isu pokok sekarang ini rakyat kurang berminat dengan Barisan Nasional(BN) terutama golongan terpelajar, tambahan pula keretakan hubungan antara masyarakat Cina di Sabah dengan kepimpinan Negeri mungkin menjadi penyebabnya, banyak kawasan majoriti cina akan tertewas nanti.

Justeru itu, walaupun peringakat pusat dan negeri menukarkan calon BN tiga-tiga kawasan ini, namun pada akikatnya tidak dapat mempertahankan kerusi itu,malah bertambah teruk keadaannya sekira berlaku perubahan calon.

Manakala pembangkang, terutama SAPP yang kini popular yang mendapat sokongan akar umbi, kerana bersifat parti tempatan menambat dihati pelbagai kaum, kerana rakyat menganggapkan SAPP merupakan kesinambungan perjuangan parti berbilang kaum di Negeri ini setelah PBS kembali kepangkuan BN, dan kini SAPP telah keluar dari kopompong BN menjadi sebagai parti pembangkang menyuarakan kehendak dan asperasi rakyat untuk bakal melaksanakan transformasi tulen menjadi kenyataan.