Isnin, 30 November 2009

Imej kereta keluaran 1976 masih dalam keadaan baik dan kini terus beroperasi untuk mencari rezeki setiap hari oleh pemiliknya JUKING BIN KILAN.

PENGUSAHA TEKSI PEDALAMAN ATAS MEMINTA KERAJAN MENGKAJI SEMULA PELAKSANAN MENGHADKAN UMUR TEKSI DIPEDALAMAN SABAH.

OLEH: HAJI WAHAB TIMPAI.

TENOM: Majoriti pengusaha teksi dikawasan pedalaman Atas Sabah merayu supaya kerajaan Barisan Nasional kaji semula cadangan yang mahu menghadkan umur kendaraan perkhidmatan Pengangkutan Awam khususnya Teksi dikawasan Pedalaman Atas.

Juking bin Kilan 66 tahun selaku jurucakap berkata kalau kerajaan meneruskan cadangan itu sudah tentu kami pengusaha teksi yang tinggal dipedalaman ada yang gulung tikar kerana tidak mampu menukar kereta baru.

Kerajaan seharusnya menimbangkan keadaan dikawasan pengusaha diluar bandar berbanding di Ibu Kota, kami disini satu hari tunggu diperhentian Teksi lansung tidak dapat penumpang, sejak Bas Tungma beroperasi Dari Tenom, Kota Kinabalu, Tenom Keningau empat kali dalam sehari, dia pungut semua, jadi macam mana kami pengusha Teksi disini mahu cari makan, kami pun mahu hidup juga seperti orang kaya-kaya di Ibu Negera Malaysia. Teksi di sini majoriti dari 1976 hingga 19980 masih boleh beroperasi, jelas Juking.

Sementara itu, Teo Chun An 37 tahun, turut membantah cadangan kerajaan yang mahu menghadkan umur kendaraan perkhidmatan Awam khususnya kami pengusaha Teksi yang baru berjinak-jinak dengan usahawan, kalau ini macam ah, haiya mati oh, kami tiap-tiap hari duduk tempat parking kadang-kadang satu sen pun tidak dapat, jadi apa macam tukar kereta, sekarang lagi kalau kereta baru itu insuran mahu dekat tiga ribu oh mana tahan ini macam, patut ini kerajaan mahu timbang sikit ini suara rakyat itu PM kata Satu Malaysia, suara rakyat di dahulu, pencapaian diutama, tetapi, kalau ini macam mana pencapaian dapat oh, golong tikar ada lah. harap-harap ini kerajaan Dato Najib Tun Razak dapat tolong rakyat oh.kata Teo Chung An.

"Saya satu bulan tidak sampai satu ribu pendapatan macam mana mahu tukar kereta baru, jadi kami harap itu kerajaan boleh tolong timbang supaya kereta yang model 80an pun masih boleh diterima sebagai angkat penumpang kerana ini kereta saja tempat kami cari makan untuk anak isteri, kata Teo.
NAH, INI DIA PUNYA JURAGAN, JUKING BIN KILAN 66 TAHUN, MENGALUH JUGA BELIAU TIADA PENUMPANG SEHARIAN, MACAM MANA MAHU TUKAR KERETA BARU YANG DICADANGKAN OLEH KERAJAAN YANG MENGHADKAN UMUR KERETA 15 TAHUN.
TEKSI BERBERIS MENUNGGU PENUMPANG DARI PAGI SAMPAI KE-PETANG, ADA YANG PULANG KOSONG TANPA PENDAPATAN.
KELIHATAN DALAM GAMBAR INI PENGUSAHA TEKSI TENOM-KENINGAU.kalau mau gambar terang klik gambar ini

Ahad, 22 November 2009

2009 BELUM PASTI DAPAT MAKAN BERAS BARU.

Baja Subsidi dari Kerajaan Barisan Nasional.
tapak samaian padi.
LAIBIT BIN ASIK. (gambar bawah)
Beliau bimbang dengan keadaan sawah padinya seluas 2 ekar mungkin tidak dapat sumber air lagi, setelah Empangan itu ditutup serta merta pemilik tanah yang kini sedang mengusaha memenam kelapa sawit. Bagaimanapun, beliaumasih meneruh harapan yang tinggi supaya JKKK kampung itu dapat berusaha cara yang lain, disamping wakil-wakil rakyat dapat memainkan peranan masing-masing kerana sumber air sawah padi merupakan satu keperluan yang mendesak, kata Laibit.

Sabtu, 21 November 2009

PERWAKILAN HANYA LAGU NEGERA KU BOLEH LAGU PARTI SENDIRI TIDAK BOLEH?

Perwakilan PBRS Melalap dan Kemabong turut menyayi lagu Negera Ku dimajlis itu.
Vencent Lee (kanan) Atum Patu,dan Fatimah Ibrahim menyayi lagu Negera Ku.
BELUM JADI AHLI BOLEH JADI PERWAKILAN PULA?
Kelihatan yang sedang mendaftar di kaunter itu ahli PBS, tetapi Ketua Kampung dibawa jagaan KAN Fatimah Ibrahim. kalau mahu tahu siapa ini sila klik gambar imej jelas.

PBRS N.35 MELALAP DAN N.36 KEMABONG BERMESYUARAT AGUNG SERANTAK BERTEMPAT HOTEL PERKASA TENOM PADA 20.11.2009.

VENCENT LEE SEDANG DISEMATKAN BUNGA ROZET.

Naib Presiden (Pemuda) Encik Vencent Lee mempengerusikan mesyuarat PBRS Bahagian Melalap dan Kemabong di Hotel Perkasa pada pagi Jumaat (20.11.2009) ditempat yang sama dengan berlain masa.

Beliau yang dilantik selaku pengerusi Tetap dalam mesyuarat itu dikedua-dua kawasan Melalap dan Kemabong, menegur PBRS Bahagian Kemabong kerana gagal menyediakan laporan Setiausaha, dan laporan Bendahari dalam mesyuarat itu.

Bagaimanapun, Vencent Lee, memberi kelanggoran dan meminta perwakilan untuk memberi kata putus sama ada mesyuarat agung Bahagian Kemabong itu diteruskan tanpa kehediran Setiausaha Bahagian dan Bendaharinya tidak hadir.

Namun, beliau akur dengan suara majoriti perwakilan yang meminta mesyuarat agung itu diteruskan, sementara laporan setiausaha dan bendahari dibawa ke tahun hadapan.

Isnin, 9 November 2009

UCAPAN TERIMA KASIH DARI ANAK-ANAK MENDIANG.






Anak-anak mendiang Taini Binti Binsalu merekamkan ucapan terima kasih kepada semua keluarga yang datang membantu kepada mereka pada hari pengebumian ibuda tersayang mereka itu pada 9hb Nobember 2009 (Isnin). diperkuburan kampungPaguokon Tenom jam 11.30 pagi.

Khamis, 5 November 2009

PENGUSAHA SAWAH PADI SUKAR MENDAPAT SUMBAR AIR



SAYA dan beberapa orang lagi rakan-rakan yang bersawah dikampung Gunting melahir kebimbingan pada musim tahun ini tidak mendapat air setelah parit pengaliran asal yang dibina selama 80 tahun itu ditutup oleh pemilik gran yang berketurunan Cina.

Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu ada lah haknya membuat keputusan, namun kami merasa kesal kerana tindakan pemilik kebun itu membuat kami susah, seolah-olah beliau itu tidak lagi peduli masalah yang kami dihadapi sebagai petani sawah padi, beliau itu juga merupakan penduduk kampung setempat.

Kalaupun pengaliran air untuk ke sawah padi kami diterus kekal seperti biasa, saya rasa tidak menggangu penemanam kelapa sawitnya itu. Sekarang sudah bulan Nobember 2009, kami belum dapat memindahkan samai padi ke sawah, kerana belum ada air seperti kelihatan dalam gambar ini kering kuntang.