Selasa, 27 Oktober 2009

PKR PUSAT TIDAK YAKIN KDM KETUAI SABAH?

Masyarakat Kadazandusun dan Murut perlu ambil iktibar bahawa pemimpin diperingkat pusat parti Ke Adilan (PKR) tidak yakin KDM menjadi ketua perhubungan di Sabah.

Justeru itu, saya berpendapat bahawa kalau orang Semananjung tidak lagi yakin kepada suku bangsa kita orang KDM buat apa lagi kita orang tunggu dalam PKR?

Bagi saya, apa yang berlaku sekarang kepada Datuk Dr. Jeffery Kitingan menjadi satu pengajaran kepada kita orang KDM.

Datuk Dr. Jeffery Kitingan meletak jawatan sebagai naib Presiden PKR tidak cukup itu, demi meruah KDM adalah lebih baik beliau keluar daripadaparti KeAdilan itu bersama-sama dengan penyokongnya dan berehat dulu sementara waktu.

Kini kiamat politik sedang melanda di Malaysia tidak kira BN atau PR parti2 itu ada saja kemelutnya, dan keadaan seumpama ini terus mengelirukan rakyat, kerana, hanya sikap pemimpin yang tamak kuasa semata-mata dan bukan sebab perjuangan untuk rakyat.

PENERIMA SUBSIDI BAJA TIDAK MENDAPAT TAKLIMAT CARA PENGGUNAANNYA.

PADA 26.10.2009 saya terkilan dengan jawapan seorang penjawat awam di Pertubuhan Peladang Tenom yang memeberi tahu bahawa setiap pendaftar baru pada 24.8.2009 hanya mendapat subsidi racun pada tahun dapan dan semua racun itu dibagi bulan Januari 2010.

Menurut pegawai berkenaan pembekal racun hanya satu syarikat saja dari Kuala Lumpur dan tiada di Sabah.

Oleh kerana pengusaha sawah padi khususnya pendaftar baru di Kampung Gunting/Baab terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli racun serangga musim kedua ini.

Satu perkara lagi, mungkin kelemahan agensi itu ialah, BAJA-BAJA yang di bahagikan kepada orang petani, ada diantara mereka tidak tahu keadah penggunaan baja itu, dan mungkin memaksa kakitangan daripada Pertubuhan Peladang Tenom turun padang memberikan satu majlis taklimat pada akan datang.

Ahad, 25 Oktober 2009

CERMAH PENGGUNAAN RACUN DIRUMAH KEBUDAYAAN KAMPUNG GUNTING TENOM.


Nilson Randah ketika menyampaikan cermah dan duduk dikanan sakali Mat Nur Rashid, Pengurus Baja SBPKP dan Racun Pertubuhan Peladang Malaysia Tenom.
Pihak kaki tangan dari syarikat ACM datang ke kampung Gunting memberikan cermah berhubung kait penggunaan racun kepada para pengusaha sawah padi disitu PADA 24.8.2009jam 9.30 pagi yang ditajah oleh Pertubuhan Peladang Malaysia.


Selepas cermah saya menempah (Booking) lima jenis racun serangga mengikut kelayakan jumlah subsidi RM24o seluas diusaha 3 ekar. racun-racun yang saya tampah (booking) seperti berikut,
1. BTOADOX 2 KOTAK
2. TAPISAN 1 KOTAK
3. LANMERTIN 1 LOTAK
4.BIOVIT 1 BOTOL
5.TIKUMIN 1000 1 KOTAK.

Jumaat, 23 Oktober 2009

AHLI PKR BERPATAH BALIK KE BN ?

Hj. Wahab Timpai.

Pergelutan politik PKR di Sabah saya mengandaikan sama seperti mereka bermain air di atas dulang mericik dimuka sendiri.

Beberapa hari ini Sabahkini.net banyak melaporkan berhubung dengan status ketua kepimpinan PKR dinegeri Sabah yang menjurus kepada sudut perlantikan mengetuai kepimpinan Negeri, dimana terdapat hampir seluruh Ketua Bahagian membantah keputusan pucuk pimpinan dari Kuala Lumpur yang melantik salah seorang naib Presiden daripada pusat menyandangkan jawatan itu di Sabah.

Justeru itu kini rakyat di kawasan Tenom mempertimbangkan berkemungkinan ahli dan penyokong PKR itu akan berpatah balik kepangkuan Barisan Nasional BN sekiranya kemelut politik pembangkang itu berterusan.

Sabtu, 17 Oktober 2009

KERAJAAN DISERU SUPAYA MEMBENARKAN MEDIA CETAK TERBIT TEGURAN RAKYAT.

HJ.WAHAB TIMPAI.

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) perlu membenarkan rakyat membuat teguran kepada para pemimpin BN yang kurang bekerja menerusi Media Massa selepas memanangi pilihan raya ke-12 Mac 2008

Ramai pemimpin komponen BN hanya kelihatan batang hidung mereka semasa kempen selama 8 hari semasa pilihanraya saja bersama calon, dan selepas itu hilang tidak lagi muncul kususnya dikawasan Tenom yang merangkumi dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Melalap dan Kemabong.

Kawasan ini juga masih mengamalkan fikiran masing-masing memperjuangkan kepentingan parti tanpa adanya semangatperkongsian kuasa yang sebenar, dan dari situlah puncanya ada diantara ahli parti dalam komponen itu terabai kebajikan mereka meneyebabkan sokongan mereka kepada BN berkurangan selepas PRU ke 12.

Sekiranya sikap para pemimpin UMNO- BN tidak berubah, saya bimbang pindahan perlembagaan Umno itu hanya sia-sia saja, sebaliknya bertambah pergelutan masalah rakyat dikawasan yang terbabit kerana kurang mendapat perhatian oleh wakil rakyatnya kerana malas turun padang seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penutupan perhimpunan Umno ke 60 itu.

Pihak Media massa(Cetak) juga terpaksa tidak menerbitkan tegur rakyat yang bernas terutama wakil rakyat yang malas turun padang kerana mereka takut dikenakan tindakan oleh kerajaan.

Mungkin diluar pengetahuan semua presiden Parti dalam komponen Barisan BN, bahawa masih terdapat para pemimpin bawahan masing-masing sombong kepada rakyat setelah mendapat pangkat dalam Kerajaan.

PELBAGAI LAGU BOLEH DICIPTA MENERUSI PUKULAN GONG.

Lanjion @Bonong menunjukkan ke bolehan beliau memukul gong pelbagai lagu dengan 3 gong.

YB.RAIMIE UNGGI LAWAT SURAU AMBOI KEMABONG.

Ahli Parlimen Tenom YB. Raimie Unggi dua dari kiri kelihatan sedang menikmati juadah sambil berbincang kepada para Jemaah Surau Nur-Addin Amboi Kemabong selepas solat Tarawih pada 24 Ramadan 1430 bersamaan 14 September 2009 hari Isnin.

ANDREW NOMBOR DUA PAKAR TIUN GONG ORANG MURUT.

Andrew Karim juga sangat mendalam minatnya memperbaiki bunyi-bunyian gong, beliau ini juga anak didik Lanjiong @ Bonong Angkulal, dan Andrew kini kelihatan menjalankan kerjanya tiun gong di kampung Gunting dirumah Samain Baigon pada 4.10.2009.

MESYUARAT KONTIK TANI.

Mesyuarat Kontik Tani yang akan dipengerusikan oleh Sadim Bin Bajit akan diadakan pada 18 Oktober 2009 jam 3.00 petang bertempat di Rumah Kebudayaan Kampung Gunting Tenom.
Hoi ini lebih hebat lagi anak buah kami ini Kurandot binti Launyon dia memampu membawa pukulan tiga gong dengan lagu jambutung ini pun sudah paning lalat baru berani mencuba.MAAF GAMBAR ROSAK sebahagiannya.
Kakak sepupu kami Sautai binti OT. Jawani menunjukkan bekat beliau memukul gong dengan lagu tingkara dalam keadaan paning lalat.

Jumaat, 16 Oktober 2009

GAMBAR-GAMBAR SEBAGAI KENANGAN.

KELIHATAN anak saudara (anak buah) berbaju kuning Lainsa binti Asik bersama dengan ipar beliau isteri Laikit, sibuk berkerja didapor pada hari majlis kesyukuran pada 4.10.2009.

Abang SaminBin Baigon yang baru sembuh dari sakitnya berbaju senglit putih, beliau kritkel selama 8 hari dibilik ICU Hospital Keningau dirumahnya pada hari majlis kesyukuran 4.10.2009.

Rabu, 7 Oktober 2009


NAH...BILA GONG BERBUNYI TAJAUPUN DIIRUP SENTINGGAR BARU LAH ORANG KITA AMALAN TRADISIONAL SERTA ADAT RESAM MURUT SETIAP MAJLIS KESYUKURAN, BAGAIMANAPUN, KELUARGA KAMI YANG SUDAH BERTUKAR AGAMA MEMELUK ISLAM TERKECUALI DALAM ACARA WAJIB ADAT ITU, HANYA TURUT HADIR SAMA MENYAKSIKAN KERAMAIAN SEKETIKA SAJA.

KETUA KAMPUNG BAKIT BIN BAJIT(BERDIRI) MENERANGKAN SESUATU KEPADA JAMIL @LIDI BIN APING @HJ.ISMAIL BERHUBUNG KAIT DENGAN PENYAKIT CIHKUKUNYA KERANA JAMIL PERNAH DISERANG PENYAKIT ITU DENGAN TIBA-TIBA TIDAK BOLEH BERJALAN SELAMA 4 HARI.

DALAM GEMBAR INI KESEMUANYA KAUM KELUARGA YANG HADIR DIMAJLIS ITU PADA 4 OKTOBER 2009.

SETELAH SELESAI BUNYINYA DI BAIKI MEREKA MULA MEMUKUL (MEMALUNYA) DENGAN PELBAGAI LAGU DENGAN 10 ORANG PERLU MEMUKUL GONG ITU.

LAIKIT BIN ASEK YANG KINI BERJINAK-JINAK DENGAN TUGAS MEMBAIKI BUNYI GONG INI HASIL DARIPADA DIDIKAN PACIKNYA SENDIRI, LANJION @BONONG BIN ANGKULAL(PAKAR) SENGAT MENDALAM,DAN KINI BELIAU (LAIKIT) BOLEH MEMBUAT TUGAS ITU WALAUPUN BERSENDIRIAN.
KELIHATAN MEMAKAI TOPI INI LANJION@ BONONG BIN ANGKULAL, PAKAR DALAM TUGAS MEBAIKI BUNYI GONG SEBELUM DIGUNAKAN, MANAKALA DISEBELAH BELIAU PEMBANTUNYA.

TERIMA KASIH ...

KAMI adik berdik sungguh terharu dan berterima kasih atas kehadiran semua saudara kami dalam majlis kesyukuran mengikut adat Murut Timugon yang diadakan dirumah abang SAMIN@SAIMIN BIN BAIGON dikampung Gunting Tenom pada 4 Oktober 2009 setelah beliau sembuh dari sakitnya.

TIDAK juga dilupakan kami ucapkan terima kasih kepada mereka yang menghulurkan sedakah kepada abang saya itu ketika majlis itu, semoga Tuhan Maha Esa memberkatinya dan semua sedakah anda menjadi satu amal disamping dapat menghiratkan lagi siliatulrahim antara kita semua sama ada yang datang dari jauh dan dekat.

Sokongan semua saudara-saudara ketika kami berhadapan masalah apabila abang saya keadaan kritikel dalam bilik ICU di Hospital Keningau memberikan semangat kepada saya terus bersebar dan menerima sekiranya apa yang berlaku, terima kasih.,terima kasih banyak-banyak.