Isnin, 31 Ogos 2009

MAJLIS KESYUKURAN 4 OKTOBER 2009 .

MAJLIS kesyukuran terbuka akan diadakan dikampung Gunting TENOM pada 4 Oktober 2009 bersamaan dengan hari Ahad bermula jam 10 pagi dirumah abang Samin Bin Baigon sendiri.

Kesyukuran ini diadakan tanda terima kasih kepada Tuhan yang menyambuhkan abang Samin dari Sakit.

Justeru itu, saya selaku adiknya menjemputkan dan mempersilakan masyarakat sekitar dan saudara-saudara semua supaya datang untuk turut sama meraikan majlis itu secara budaya tradisional Murut Timugon.

Daripada:- Hj.Wahab @ Timpai Bin Baigon.

Jumaat, 28 Ogos 2009

UCAPAN TERIMA KASIH DARI KELUARGA SAMIN BIN BAIGON.

HARI ini Jumaat 28.08.2009 satu kegembariaan kepada kami kerana Samin Bin Baigon telah sembuh sepenuhnya tanpa kececatan akal dan tenaga asal dan keluar dari hospital Tenom kira-kira jam 10.00 pagi.

Beliau pulang dirumahnya, dikampung Gunting/Lingkuong Tenom, tiada apa yang terkata hanya bersyukur kepada Tuhan kerana masih memberikan peluang hidup Samin Bin Baigon walaupun beliau sudah kritikel selama lapan hari diHospital Keningau sejak dari hospital Tenom pada 6 Ogos 2009, kemudian di hantar di Hospital Keningau jam 6.00 petang pada 7 Ogos 2009 dalam keadaan koma sampai 13.Ogos 2009.

Kami adik beradik, dan anak-anaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh penjawat awam Hospital Tenom dan doktor-doktor pakar hospital Keningau yang bertungkus lumus berusaha menyelamatkan saudara kami itu.

Terima kasih juga kepada semua anak-anak buah dan saudara-saudara yang datang menziarai kepada Samin di hospital Tenom dan Keningau. dan juga yang datang membantu membaiki rumah beliau yang dalam keadaan uzur, terima kasih banyak-banyak kepada anda hanya tuhan saja yang membelas budi kamu semua. Tidak lupa juga kami ucapkan terima kasih kepada Datuk Kadoh Agundong yang sudi datang ziarah Samin di wad ICU Keningau.

Daripada:- Gunsyor Binti Baigon (Kakak Sulong)
Saringkoi Binti Baigon (Kakak)
Hj. Wahab Timpai Bin Baigon (Adik)
Sibuangan Bin Samin (Anak)
Boy @ Rahman Bin Samin (Anak)
Jumat Bin Samin (Anak)

Sabtu, 22 Ogos 2009

BULAN RAMADAN.

SELAMAT BERPUASA KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIMANA SAJA MEREKA BERADA KHUSUSNYA ANGGOTA KESELAMATAN MALAYSIA.

Khamis, 20 Ogos 2009

HOSPITAL TENOM PERLU DINAIK TARAF-BLOG.

KERAJAAN Persekutuan diminta supaya dapat menaik tarafkan Hospital Daerah Tenom dengan sekali gus membekalkan peralatan yang canggih daripada yang ada sekarang ini untuk memudahkan para doktor menjalankan tugas mereka , kerana hospital Tenom menjadi pilihan utama keluarga pesakit dari luar bandar yang penyakitnya berisiko tinggi.

Selain itu, seorang doktor pakar juga perlu seminggu sekali melawat khususnya doktor pakar Paru-paru, kerana setiap keluarga pesakit menerima maklum daripada hospital ini(TENOM) paru-paru pesakit sudah kejangkitan kuman apabila diperingkat pemeriksaan dikawasan Kecemasan.

Peralatan yang canggih wajar dibekalkan kerana keseluruhan penjawat awam dihospital merupakan jururawat terlatih yang boleh mengendalikan setiap mesin seperti yang dibekalkan dihospital Keningau untuk menyelamatkan nyawa pesakit yang kritikal, disamping hospital Tenom perlu ada bilik ICU atau kawalan rapi. Sebelum ianya dirujuk di Hospital lain, seperti Keningau, dan Kota Kinabalu.

Rabu, 19 Ogos 2009

ABANG SAMIN KINI DIRAWAT DI WAD BIASA HOSPITAL TENOM.

PADA 17.08.2009 abang saya samin dipindah sudah diwad pesakit biasa dihospital Keningau dan kemungkinan beliau akan dipindah semula di hospital Daerah Tenom hari ini 20.8.2009 kira-kira jam 1.00 petang.

syukur kepada Tuhan kerana menyembuhkan abang saya, walaupun kritikel selama lebih seminggu tidak sedar.

Atas usaha para doktor hospital Tenom yang merujuk kepada doktor pakar dan menghantarkan abang saya di hospital Keningau, meskipun keluarga kami sudah berputus asa kerana melihat keadaannya , namun atas nasihat doktor dari Daerah Tenom, supaya abang saya perlu dihantar Hospital Keningau kerana Hospital Tenom kekurangan peralatan untuk merawat abang saya yang diserang penyakit MALARIA tahap 4 sudah.

Terima kasih kepada penjawat awam hospital Tenom dan Keningau.

Dari adiknya Hj. Wahab Timpai Baigon.

Khamis, 13 Ogos 2009

ABANG SAMIN KEADAAN STABIL DAN SUDAH SEDAR

Syukur kepada Tuhan kerana abang samin kini telah sedar dan boleh bercekap sudah ber mula hari kelamarin 13.8.2009 tengah hari , namun beliau masih ditempatkan wad kawalan rapi (ICU) dihospital Keningau.

Saya selaku adik kandungnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Doktor dan jururawat yang terlibat bertungkus lumus untuk meyelamatkan abang saya itu ketika beliau dalam keadaan kritikel daripada tarikh 6.8.2009 di hospital Daerah Tenom lagi, kemudian dihantar ke hospital Keningau pada petang 7.8.2009 kira-kira jam 6.00 petang. dan terus ditempatkan dibilik ICU, sejurus selepas pemeriksaan selesai dibilik kritikel Keningau.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, dan juga orang ramai saudara mara yang tidak putus2 melewat meninggok abang saya itu, selain dari panggilan telepon yang turut mendoakan. daripada Hj. Wahab Timpai.

Rabu, 12 Ogos 2009

UCAPAN TERIMA KASIH.

SAYA adik kepada abang Samin Bin Baigon 62, merekamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi datang melihat keadaan abang saya yang kini terlantar di katil dibilik kawal rapi (ICU) Hospital Keningau sejak pada 7 Ogos 2009, mudah-mudahan atas doa saudara sekalian abang saya akan sembuh secepat mungkin. daripada Hj. Wahab Timpai Bin Baigon.

Isnin, 3 Ogos 2009

KIKISKAN SIKAP MEMENDANG SINIS RAKAN.

PEMBANGKANG di Negeri Sabah tidak mungkin dapat bersatu dalam sebuah Kelompok seperti Gegasan Pakatan Rakyat, kerana para pemimpin masing-masing didalam parti itu mempunyai niat tersembunyi untuk merebut jawatan KETUA MENTERI.

Percayalah selagi itu fokus yang diutamakan oleh setiap parti pembangkang jangan bermimpi Pakatan Rakyat boleh menubuhkan Kerajaan di negeri ini.Sebagai mengulas seranan naib Presiden PKR Azmin Ali di Sabahdaily.com

Demikian juga diperingkat bawa sebagai contohnya ialah PKR di Tenom sekarang siapa dia punya Jawatankuasa bahagaian? hanya seorang dua saja yang masih mengaku dia itu ahli PKR, manakala yang lain, sudah berpindah kepada SAPP kerana matlamat hanya mahu jadi calon, kerana siapa majoriti DUN maka dia lah KETUA MENTERI.

Seperkara lagi tabiat yang perlu dikikiskan oleh pemimpin pembangkang di Tenom takut kerebutan jawatan apabila orang yang masuk dalam parti mereka itu orang yang bijak, ketuanya sanggup memilih yang fikiran hanya jadi pak turut.

Ahad, 2 Ogos 2009

JANGAN DULU GANGU KERAJAAN, NEGERA HADAPI WABAK INFLUENZA A H1 N1

SEMUA parti politik di negera ini sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, sewajarnya mereka ini menumpukan perhatian menyelamatkan rakyat dalam negera ini yang kini berhadapan dengan wabak selesma babi atau yang dikenali Influenza A H1N1 dan bukan mengadakan demostrasi yang tidak berfaedah itu.

Kalau mengajak rakyat demostrasi hanya semata-mata membantah ISA disamping bermotif politik, kenapa para pemimpin yang terlibat tidak ajak kerajaan berbincang secara profesional, lagi pun, kerajaan lebih meletakkan keutamaan melindungi rakyat dari mendapat jangkitan wabak maut ini H1 N1 yang kini membimbangkan kepada setiap individu, justeru itu, saya berpendapat kerajaan jangan dulu digangu dengan anjuran demonstrasi jalanan seperti yang berlaku Sabtu lepas di Kuala Lumpur.

Cuba fikir kerajaan banyak menghabiskan wang pembayaran elaun anggota keselamatan untuk mengawal pergerakan demonstrasi yang dilakukan itu.Lebih baik wang digunakan itu membeli ubat untuk merawat yang sudah dijangkati wabak Influenza A H1N1 di seluruh Negera.

PENGERUH FRANKIE DI NABAWAN MENINGKAT?

POLITIK Nabawan, Pensiangan kini semakin panas, SAPP terus menjalar akarnya disitu,dan apakah akar itu berjaya memusnahkan beberapa pokok besar yang masih hidup segar seperti Upko, dan PBRS di masing-masing wakil Parlimen PensianganTan Sri Joseph Kurup, dan DUN Nabawan Datuk Bobey Afang Suan.

Naib Presiden SAPP Datuk Frankie Chong juga seorang pemimpin yang tidak boleh diperkecilkan keupayaannya dari segi politik.


Kelebihan DatukFrankie Chong bukan saja mudah didekati oleh rakyat tetapi perwatakannya yang mudah tersenyum dan pemurah orangnya membuat rakyat tertarik disamping memberi penyampaian yang cukup jelas untuk dianalisiskan oleh yang berminat untuk membuat pertimbangan seterusnya keputusan.

Penyampaian yang baik merupakan satu senjata kepada para pemimpin berhadapan dengan rakyat yang sebenar.

Persoalannya sekarang adakah pemimpin yang berpengaruh besar itu seperti Frankie berminat dikawasan Nabawan, atau Melalap? sama-sama kita tunggu apabila tiba masanya. HJ.WAHAB TIMPAI.