Selasa, 28 April 2009

Kelihatan dalam gambar ini Datuk Radin Malleh (kiri) ketika menerima borang .

PENYERTAAN SEMULA ANSARING BIN ANGKASANG SERTA 45 PENGIKUTNYA BEKAL MENYELAMAT BN DI MELALAP PADA PRU KE-13?

TENOM: Penyertaan semula ahli pembangkang PKR ke Parti Bersatu Sabah (PBS) akan menjadi satu permulaan kawasan Adun Melalap akan terselamat pada pilihan raya umum yang ke-13 kelak yang diketuai oleh Ansaring bin Angkasang serta 45 orang pengikut beliau.

Setiausaha Agung PBS Datuk Radin Malleh yang juga Wakil Rakyat kawasan Melalap merasmikan penubuhan cawangan baru PBS itu di Kampung Ponontomon baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar Utusan Borneo Radin Malleh yang juga selaku Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri menggesakan cawangan PBS dikampung itu supaya memberikan kerjasama kepada JKKK untuk membincangkan masalah-masalah demi kepentingan bersama.

Selain daripada itu Radin juga berharap pihak JKKK dan Ketua Kampung menjadi jambatan penghubung kepada kerajaan agar setiap pembangunan yang dirancang dapat dinikmati bersama selaras dengan konsep satu Malaysia.

Pada saya keluar masuk ini perkara biasa, saya pun dulu ahli PBS tetapi keluar kerana kawan-kawan dalam PBS tidak senang hati setelah Datuk Radin lantik saya selaku Ahli Majlis Daerah Tenom. sayapun letak jawatan Ahli Majlis daerah dan kad keahlian PBS, saya serahkan kembali kepada setiausaha Bahagian PBS Melalap Simon Mamat, dan selepas itu masuk PBRS Melalap yang di ketuai oleh Datuk Kadoh Agundong
tetapi setiap pilhan raya saya mengundi kawasan Kemabong SK. Cinta Mata seluran 1.

Ahad, 26 April 2009

Gambar jalan daripada pekan Kemabong ke kg. Gumisi


Para penduduk kampung Gumisi Kemabong kini merasa legah setelah jalan raya mereka telah siap dibinaoleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menelan belanja sejumlah RM15 juta, dimana semuanya ini atas usaha wakil rakyat Kemabong YB. Datuk Rubin Balang yang tidak putus-putus membawakan permohonan rakyat kepada pihak kerajaan negeri dan kini usaha beliau (Rubin) berhasil seperti kelihatan dalam gambar ini jalan yang berturab walaupun tempat ini berbukit bukau.

Gambar: Ahli Parlimen Tenom YB. Raimie Unggi kelihatan memeriksa keadaan kapet Surau Nur-Addin kampung Amboi pada petang Ahad, dan beliau bersetuju membantu untuk menggantikan kapet itu.

YB. Raimie juga mendermakan tikar sembahyang sebanyak 30 helai untuk di surau itu, kapit di surau itu rosak akibat banjir yang melanda didaerah Tenom baru-baru ini.

Jumaat, 24 April 2009

RAKYAT DIDAHLUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, 1MALAYSIA.

BUKAN campur tangan dalam Hal Ehwal dalam diperingkat pusat dalaman umno berhubunng dengan perlantikan beberapa pemimpin ahli majlis tertinggi yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini dimana ternyata mereka itu jelas ditolak oleh rakyat(Perwakilan) pada ketika itu.

Pada pendapat saya perlantikan mereka itu sudah bertentangan dengan konsep atau slogan yang dilaung-laungkan sekarang iaitu inginkan perubahan "RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCEPAIAN DIUTAMAKAN, SATU MALAYSIA" ini bermakna mekanisme yang diperkenalkan oleh Perdena Menteri yang ke- enam itu kurang tepat dengan asperasi dan kehendak rakyat jelata di Malaysia yang sebenar.

Nampaknya barisan kepimpinan dalam umno pusat itu masih terkial-kial mencari mekanisme baru namun agak sukar mencapainya kerana para pemimpin veteran masih digaruni dan memaksa pucuk pimpinan tunduk dan memberi tempat.

Sekian terima kasih. Assalamualaikum.

Khamis, 23 April 2009

PENYANDANG JKKKK KG.GUNTING SEMUA MENANG TANPA TANDING.

Pegawai Kerajaan yang ditugaskan untuk memantau pemilihan AJK JKKK dibubarkan melahirkan gembira kerana penduduk kampung memberikan kerja sama untuk tidak mengadakan pertandingan dalam semua pemilihan tersebut.

Mereka rasa seronok sebab tidak ada ganguan sepanjang majlis itu dijalankan, Pegawai daripada Penarangan, Tenom Rushdi Bin Mohd Hamsah yang mengendali majlis pemilihan itu kelihatan sungguh selesa sangat bah mereka dengan seorang lagi rakan sepejabatnya Azizi Ajamain Bin Banjain Mohd.

Wah..boleh tahan juga penduduk di kampung Gunting mereka puji bah,kata mereka sebanyak-banyak kampung hanya kampung Gunting yang tidak bermasalah dalam pemilihan, kalau kampung Manining penduduk disana, kononnya, mereka mahu penyandang JKKK terdiri dikalangan orang Veteran aje, tapi berbeza di kampung Gunting mereka galakkan sebahagian orang remaja menjawat dalam JKKK sebagai pelapis.

Senarai AJK JKKK Kampung Gunting seperti berikut:

1.Pengerusi Laiju Bin Bajit.
2.Tim.Pengerusi. Mailap Bin Mathew
3.Setiausaha. Jamie Bin Amparul
4Bendahari Junik Bin Bajit.
5. AJK. Haji Wahab Timpai Bin Baigon.
6.AJK. Mex Leong.
7.AJK. Bester Bin KK. Bakit.

Semua mereka yang menyandang ini hanya dua tahun iaitu bagi sesi 2009 sehingga 2011, harapan penduduk kampung Gunting hanya satu sahaja supaya lebih banyak pembangunan asas yang mendesak dikampung itu dapat dilaksanakan dalam tempoh itu. Hoi... boleh dapat projek selama tempoh itu? Kalau Kerajaan dan wakil rakyat atau pejabat Daerah Tenom tidak pilih kasih mesti punya dapat maa... alamaa rupanya saya jadi AJK tapula, haiboi boh amon kalo natanda ugar-ugar tii, sumangit rakyat tii tauu yang sonsolon noh Ulun kalansanan mamagun.

Apa juga bah JKKK ini kadang-kadang mereka bukan tidak buat kerja seperti yang diamanahkan itu, tetapi kalau pejabat daerah dan lain jabatan betabiat itulah yang mendatangkan masalah kepada JKKK, bila pengerusi hantar permohonan kepada jebatan yang berkaitan pelbagai macam alasan, saya setuju kata pegawai penarangan Tenom JKKK mahu tabal muka berjumpa kepada orang tertentu, cekap dia itu memang betul nah, saya sokong. kalau tidak tebal muka tetap JKKK itu tidak dapat projek logai-logai sampai bubar 2011.

Turut saya paparkan dalam blong saya ini ialah Gambar bangunan Kebudayaan, yang dibina dalam tahun 1992 semasa Datuk Kadoh Bin Agndong Jadi Wakil Rakyat, dan ketika itu beliau Kadoh juga Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Bangunan ini memang sudah dalam keadaan uzur namun atas usaha Pengerusi JKKK Laiju Bin Bajit dan AJK beliau tidak putus-putus minta peruntukan kepada wakil rakyat sekarang ini DatukRadin Bin Malleh sejumlah RM15,000 untuk pembaikan maka sehingga sekarang Rumah Kebudayaan kami itu masih okey, e.e. seronoknya kalau ada wakil rakyat yang mudah membantu, tetapi, kalau kedakut adoi.adoi. jawapannya bila sampai ppppppprrrrraya aje.

Kalau saya tidak silap dalam barisan AJK JKKK ini pun ada juga bekal boleh jadi wakil rakyat dia pun tinggi sekolah bah tupo Mester lagi hoi. gama ru makapalit ioh, jangan marah pasal saya ada campur bahasa kami Murut bah ini tulisan blog kamurutan ti pun raino masung boh membuka ra internet sybas kepada Murut.